Sunday, March 5, 2017

Penciptaan Langit Bumi



Pengenalan


Alam semestar atau cakerawala tidak terus wujud seperti sekarang. Sebaliknya ia melalui beberapa proses . Antaranya ialah kehadiran gas-gas hidrogen dan helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap yang besar . Begitu juga bumi dan langit, Allah mencipta langit dan bumi satu-persatu. Mengikut teori Nebular, sistem suria terbentuk dari kondensasi awan panas. Pada proses kondensasi tersebut ada sebahagian yang terpisah dan merupakan orbit yang mengelilingi pusat. Bahagian yang mengelilingi pusat itu dengan cara yang sama berkondensasi membentuk suatu formula yang sama seperti terbentukya matahari tadi. Setelah sejuk benda-benda  ini akan menjadi planet-planet seperti Bumi dengan Bulan dan lain-lain. 

FASA PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI
  •  Fasa Pertama


َوَلَمْيَرَالَّذِينَكَفَرُواأَنَّالسَّمَاوَاتِوَالْأَرْضَكَانَتَارَتْقًافَفَتَقْنَاهُمَاوَجَعَلْنَامِنَالْمَاءِكُلَّشَيْءٍحَيٍّأَفَلَايُؤْمِنُون

Artinya: “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya…”(Q.S. AlAnbiya [21] :30)

Bermula dengan satu ledakan besar (bigbang) sekitar 12-20 milion tahun lalu. Inilah awal pernciptaan matahari, tenaga, dan waktu. “Ledakan” pada hakikatnya adalah pengembangan ruang.Matahari yang mula-mula terbentuk adalah hydrogen yang menjadi bahan dasar bagi bintang-bintang generasi pertama. Hasil dari gas-gas hydrogen, meghasilkan unsur-unsur yang lebih berat, seperti karbon, oksigen, sampai besi atau disebut juga Nukleosintesis Big Bang.

  • Fasa Kedua 

رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا


Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya 
(An-Nazi’at:28)

dalam ayat ini terdapat kata “meninggikan bangunan” yang memberi pengertian bahwa alam semester mengembang, galaksi-galaksi saling menjauh dan langit makin tinggi, sedangkan kata “menyempurnakan” memiliki arti bahwa alam ini tidak semata mata terbentuk, melainkan sebuah proses evolutif atau bertahap.


  • Fasa ketiga 

وَأَغْطَشَلَيْلَهَاوَأَخْرَجَضُحَاهَا

Artinya : “dan Dia menjadikan malamnya gelap gelita, dan menjadikan siangnya terang benderang.” Q.S An-Nazi’at: 29 

Di ayat tersebut terdapat kalimah “Dia menjadikan malamnya (gelap gelita) dan menjadikan siangnya (terang menerang)” Masa ini adalah dimana terbentuknya matahari sebagai sumber cahaya dan bumi mengelilingi matahari sehingga terjadi siang dan malam.

  • Fasa keempat 

وَالْأَرْضَبَعْدَذَلِكَدَحَاهَا

Artinya :“dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya. (Qs. An-Nazi’at: 30)

Pada masa ini daratan bumi muncul, dahulu kala terjadi tumbukan antara matahari dengan sebuah komet yang menyebabkan sebagian massa matahari terpental ke luar. Massa yang terpental ini menjadi planet diantaranya adalah Bumu. Penghamparan yang dimaksudkan adalah pembentukan superkontinen pangasa di permukaan Bumi. Ketika bumi baru terbentuk belum ada daratan yang ada hanyalah batuan-batuan yang berpijar dengan suhu ratusan derajat selsius.

  • Fasa kelima 

أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا
Ia memancarkan daripadanya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya. (QS.An-Nazi’at:31)
Dalam ayat 31 ini menunjukan bahwa dimana terjadi evolusi bumi dari tidak ada air menjadi ada air, air tersebut berasal dari komet yang menghantam bumi, hydrogen yang terdapat pada komet bereaksi dengan unsur-unsur yang terdapat di bumi dan terbentuk uap air, uang air ini kemudian turun sebagai hujan. Bukti air berasal dari komet ialah nisbah deuterium dan hidrogen pada air laut sama dengan nisbah pada komet, semua kehidupan berasal dari air, setelah air muncul kehidupan seperti tumbuhan-tumbuhan pun bermunculan.

  • Fasa keenam 

وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا
Dan gunung-gunung dipancangkan-Nya dengan teguh, (Qs. An-Nazi’at: 32-33)
Gunung-gunung dipancangkan artinya, gunung terbentuk setelah penciptaan daratan, pembentukan air dan mun culnya tumbuhan. Gunung memiliki akar di dalam tanah atau bisa disebut juga pasak, fungsi gunung ialah menyetabilkan kerak bumi mencegah goyangnya tanah. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 33, setelah terbentuknya gunung, terciptalah hewan dan manusia.(T/roy/R02)



hidrogen yang terdapat pada komet bereaksi dengan unsur-unsur yang ada dibumi kemudian menjadi wap dan turun sebagai hujan (space)


Kesimpulanya

Sesungguhnya Allah maha pencipta dan maha berkuasa. Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, manusia berusaha untuk mencari dan mengkaji alam semesta padahal hakikat nya saat wujudnya alam semesta ini sudah tertulis dalam Al-quran. Pada abad 19 ~20 teori telah pun dikaji dan disampaikan kepada orang lain, walaupun ada sesetengah masyarakat yang menerima dan menolak. Padahal  pada 14 abad yang lalu Al-quran telah memberitahu tentang penciptaan alam semesta ini. Ilmu dan Agama akan sentisa selaras. Ilmu yang tidak berlandaskan agama akan runtuh kerana tidak ada keimanan di dalamnya. Begitu pula dalam  ilmu-ilmu pengetahuan umum, sesungguhnya Allah SWT telah lebih dahulu memberitahukannya di dalam Al-quran.

KEJADIAN GUNUNG-GANANG

PENGENALAN


MAKSUD GUNUNG:

Kejadian gunung di bumi adalah untuk mengukuhkan kedudukan bumi supaya bumi itu tidak bergoncang apabila bumi beredar atas paksinya.


Gunung adalah sebuah bentuk tanah yang menonjol daripada rupa bumi di kawasan sekitarnya. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung dan banjaran gunung terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung.Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil

DEFINISI:

Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana mereka menjadi halangan kepada pergerakan awan. Banjaran gunung Alp yang merupakan banjaran gunung yang terbesar di Eropah dianggap masih muda. Kemudaannya dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin.

Gunung meliputi 54% kawasan Asia, 36% Amerika utara, 25% Eropah, 22% Amerika Selatan, 17% Australia dan 3% Afrika. Secara keseluruhan, 24% daripada daratan di Bumi terdiri daripada banjaran gunung. Selain itu, 1 dalam 10 orang tinggal di kawasan pergunungan. Semua sungai utama di dunia bermula dari gunung dan lebih separuh manusia bergantung kepada gunung untuk air. Gunung yang diiktiraf sebagai gunung tertinggi di dunia ialah Gunung Everest.

Tinggi gunung pada umumnya diukur dari aras laut, lantas menjadikan gunung Everest yang tingginya 8,848 meter (29,028 kaki) gunung tertinggi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung diambil dari kaki gunung hingga ke puncak, Mauna Kea di Hawaii yang berdiri 10,203 meter (33,476 kaki) dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi.
Ciri-ciri terpenting gunung-ganang ada dinyatakan dalam Al-quran, fungsi gunung ganang adalah untuk menyerap gempa bumi. Ahli geologi telah mengesahkan ciri-ciri gunung-ganang yang disebut

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’[21:31]).

Sebelum ini gunung-ganang dianggap hanyalah unjuran yang semakin meningkat di atas permukaan bumi. Namun para sainstis menyedari bahawa perkara tu tidak benar, di bawah permukaan gunung-ganang merupakan akar tunjang gunung dimana 10 hingga 15 kali ganda dari ketinggian gunung.


Gunung muncul sebagai hasil daripada pergerakan dan pelanggaran plat besar membentuk kerak bumi . apabila dua plat bertembung, yang lebih kuat akan menolak plat yang lain . Bahagian lapisan paling atas melentur dan membentuk ketinggian dan gunung, lapisan bawah bergerak ke bawah dasar dan membentuk sambungan yang mendalam ke bawah dasar. Sambungan ini dipanggil akar tunjang gunung (Mountain Root). Disebabkan oleh akar inilah gunung boleh kekal di kerak bumi. Dari itu, ia menghalang mana-mana gelinciran di atas lapisan magma atau lapisan gunung itu sendiri dan juga mencegah gempa bumi kuat.


Berdasarkan ciri-ciri ini, gunung boleh dibandingkan dengan paku yang memegang beberapa lapisan kayu bersama. Allah berfirman dalam Al-Quran

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7)

Fakta berkenaan ciri ini telah diterangkan didalam Al-Quran di masa lalu tidak diketahui oleh sesiapa menjadikan Al-Quran satu lagi kitab yang mengagumkan. jika pembentukan gunung ini tidak berlaku tanah tidak akan terkumpul di permukaan bumi, air tidak akan terkumpul dalam tanah, tiada pokok mampu tumbuh, ringkasnya kewujudan bumi menjadi mustahil. disebabkan oleh kerahmatan Allah, maka bumi mampu menampung kehidupan.

Allah berfirman:

وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ  

Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. (An Nahl, 16:15)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, al-Quran telahpun mengutarakan beberapa fakta saintifik sejak dari dahulu lagi. Kajian mengenai ilmu geologi hanya dapat diketahui apabila ilmu pengetahuan mulai berkembang. Kita tahu bahawa di dalam al-Quran Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaanNya tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah : “ Dan ingatlah bahawa tidaklah kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia).” ( Surah al-Anbiya’[21:16]). Maha Suci Allah yang Maha mengetahui.Sekian, terima kasih. . .