Sunday, March 5, 2017

KEJADIAN GUNUNG-GANANG

PENGENALAN


MAKSUD GUNUNG:

Kejadian gunung di bumi adalah untuk mengukuhkan kedudukan bumi supaya bumi itu tidak bergoncang apabila bumi beredar atas paksinya.


Gunung adalah sebuah bentuk tanah yang menonjol daripada rupa bumi di kawasan sekitarnya. Gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit. Gunung dan banjaran gunung terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung.Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil

DEFINISI:

Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana mereka menjadi halangan kepada pergerakan awan. Banjaran gunung Alp yang merupakan banjaran gunung yang terbesar di Eropah dianggap masih muda. Kemudaannya dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin.

Gunung meliputi 54% kawasan Asia, 36% Amerika utara, 25% Eropah, 22% Amerika Selatan, 17% Australia dan 3% Afrika. Secara keseluruhan, 24% daripada daratan di Bumi terdiri daripada banjaran gunung. Selain itu, 1 dalam 10 orang tinggal di kawasan pergunungan. Semua sungai utama di dunia bermula dari gunung dan lebih separuh manusia bergantung kepada gunung untuk air. Gunung yang diiktiraf sebagai gunung tertinggi di dunia ialah Gunung Everest.

Tinggi gunung pada umumnya diukur dari aras laut, lantas menjadikan gunung Everest yang tingginya 8,848 meter (29,028 kaki) gunung tertinggi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung diambil dari kaki gunung hingga ke puncak, Mauna Kea di Hawaii yang berdiri 10,203 meter (33,476 kaki) dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi.
Ciri-ciri terpenting gunung-ganang ada dinyatakan dalam Al-quran, fungsi gunung ganang adalah untuk menyerap gempa bumi. Ahli geologi telah mengesahkan ciri-ciri gunung-ganang yang disebut

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’[21:31]).

Sebelum ini gunung-ganang dianggap hanyalah unjuran yang semakin meningkat di atas permukaan bumi. Namun para sainstis menyedari bahawa perkara tu tidak benar, di bawah permukaan gunung-ganang merupakan akar tunjang gunung dimana 10 hingga 15 kali ganda dari ketinggian gunung.


Gunung muncul sebagai hasil daripada pergerakan dan pelanggaran plat besar membentuk kerak bumi . apabila dua plat bertembung, yang lebih kuat akan menolak plat yang lain . Bahagian lapisan paling atas melentur dan membentuk ketinggian dan gunung, lapisan bawah bergerak ke bawah dasar dan membentuk sambungan yang mendalam ke bawah dasar. Sambungan ini dipanggil akar tunjang gunung (Mountain Root). Disebabkan oleh akar inilah gunung boleh kekal di kerak bumi. Dari itu, ia menghalang mana-mana gelinciran di atas lapisan magma atau lapisan gunung itu sendiri dan juga mencegah gempa bumi kuat.


Berdasarkan ciri-ciri ini, gunung boleh dibandingkan dengan paku yang memegang beberapa lapisan kayu bersama. Allah berfirman dalam Al-Quran

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7)

Fakta berkenaan ciri ini telah diterangkan didalam Al-Quran di masa lalu tidak diketahui oleh sesiapa menjadikan Al-Quran satu lagi kitab yang mengagumkan. jika pembentukan gunung ini tidak berlaku tanah tidak akan terkumpul di permukaan bumi, air tidak akan terkumpul dalam tanah, tiada pokok mampu tumbuh, ringkasnya kewujudan bumi menjadi mustahil. disebabkan oleh kerahmatan Allah, maka bumi mampu menampung kehidupan.

Allah berfirman:

وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ  

Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. (An Nahl, 16:15)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, al-Quran telahpun mengutarakan beberapa fakta saintifik sejak dari dahulu lagi. Kajian mengenai ilmu geologi hanya dapat diketahui apabila ilmu pengetahuan mulai berkembang. Kita tahu bahawa di dalam al-Quran Allah telah menjelaskan bahawa semua ciptaanNya tidak dijadikan dengan sia-sia tanpa sebarang fungsi. Firman Allah : “ Dan ingatlah bahawa tidaklah kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main (sia-sia).” ( Surah al-Anbiya’[21:16]). Maha Suci Allah yang Maha mengetahui.Sekian, terima kasih. . .


No comments:

Post a Comment